Kerajaan Akan Hantar Balik Dr Zakir Naik Jika Ada Permohonan Dari India – M.Kulasegaran

KUALA LUMPUR ― Pendakwah popular Dr Zakir Naik akan dihantar pulang ke India jika ada permohonan rasmi negara itu, kata menteri.

M. Kulasegaran, menteri sumber manusia, menjelaskan hal tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet minggu ini.

“Biar kerajaan India mengarah proses membawa pulang dan kita akan ikut undang-undang, tetapi dasarnya mereka perlu membuat permohonan,” katanya.

Peguam negara akan mengendalikan kes itu jika ada permohonan rasmi daripada kerajaan India, tambahnya.

Beliau juga bercadang membincangkan hal itu dengan Perdana Menteri India Narendra Modi jika sempat bertemunya semasa lawatannya ke sana nanti.

Kulasegaran mempertahankan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata Dr Zakir boleh menetap di negara ini jika tidak melanggar undang-undang. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.