Exco Melaka Dakwa Sering Dapat Mesej Lucah Dari Wanita

MELAKA – Sejak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka, Norhizam Hassan Baktee sering didekati penduduk yang mahu mendapatkan pelbagai bantuan.

Bagaimanapun bagi wakil rakyat berusia 52 tahun yang juga timbalan pengerusi DAP negeri itu, apa yang merisaukannya apabila dia dihujani pelbagai mesej terutama dalam kalangan wanita.

“Ada wanita yang tidak dikenali yang bertanya jika saya mahu melihat mereka dalam keadaan bogel!

“Saya juga ada terima gambar dan video lucah,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Keusahawanan dan Agro itu.

Bapa kepada dua cahaya mata itu mengambil jalan membalas mesej yang diterima dengan sopan, sambil menjelaskan beliau telah berkahwin dan “bukan lagi muda untuk berfoya-foya”.

Malahan, katanya, nombor telefonnya bukan rahsia kerana ia dapat diperoleh menerusi laman web kerajaan negeri.

Norhizam memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu berkata, beliau telah memaklumkan kepada isterinya mengenai mesej lucah yang diterimanya.

“Saya bernasib baik kerana isteri memahami dan menasihatkan supaya saya terus jalankan tugas dengan baik,” katanya. – mstar

One thought on “Exco Melaka Dakwa Sering Dapat Mesej Lucah Dari Wanita

  • July 16, 2018 at 5:56 pm
    Permalink

    tanpa yb allah tahu hati yb…persetan saja dajal2 tu yg tak siuman hilang akal…terus khidmat untuk rakyat..tabik

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.