Video : Penubuhan Felda Bantu Sekat Komunis

KUALA LUMPUR –  Penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA) membantu menyekat kemaraan komunis kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata, penubuhan Felda bukan sahaja membantu peneroka memperbaiki taraf ekonomi, malah dapat meneroka kawasan hutan yang menjadi kubu kuat komunis.

“Bijaknya pemimpin kita pada waktu itu (menyelesaikan masalah kemiskinan), dalam masa yang sama dapat juga kita meneroka kawasan hutan yang menjadi sarang-sarang pihak komunis”.

“Untuk menyekat aktiviti mereka, kawasan-kawasan ini diteroka dan akhirnya dapat berdepan dengan ancaman komunis”, katanya dalam temubual khas yang disiarkan secara langsung di Awani.

Felda adalah satu rancangan kerajaan yang di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah.

Antara fungsi Felda adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.