Syatilla Takut Serah Anak Bagi Orang Lain Jaga

Pelakon wanita, Syatilla Melvin yang merupakan isteri kepada aktor, Shaheizy Sam telah selamat melahirkan bayi sulung mereka, Sheriv Samheizy.

Bagi Syatilla kini lebih selesa untuk menjaga anaknya sendiri tanpa sebarang bantuan daripada pembantu.

“Saya selesa menjaga anak tanpa bantuan daripada pembantu rumah. Malah saya pun tak pernah terfikir nak ambil pembantu rumah,” kata Syatilla, lapor BH.

Syatilla juga berkata bahawa dengan mendengar berita yang melibatkan pembantu rumah dan anak majikan yang sering tular sekarang ini, membuatkan dia takut untuk menyerahkan anaknya di bawah jagaan orang lain.

“Cerita ‘ngeri’ membabitkan pembantu rumah membuatkan saya jadi takut jika dibiarkan anak kepada orang lain… Itulah yang menghantui tidur saya,” katanya lagi.

Terdahulu, Syatilla dan Sam telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan majlis pernikahan mereka telah diadakan di kediaman keluarga Syatilla di Jawi, Pulau Pinang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.