Nyanyi Lagu Negaraku, Wanita Gagal Bukti Warganegara

GEORGE TOWN — Seorang wanita Indonesia gagal menyanyikan lagu Negaraku selepas mendakwa dia rakyat Malaysia.

Wanita itu, 47, memberi pelbagai helah termasuk mengaku bersekolah di sini dan ada kad pengenalan Malaysia tetapi gagal dibuktikan, lapor Metro. 

Dalih ini antara usaha melepaskan diri daripada Jabatan Imigresen Malaysia dalam operasi di sebuah pangsapuri di Bukit Jambul di sini 12 tengah malam kelmarin.

“Bapak, kampung saya di sana, tetapi sekolahnya di sini,” kata wanita, yang tidak dinamakan, ketika ditahan.

Namun, pihak Imigresen cawangan Pulau Pinang kemudiannya meminta wanita itu menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku tetapi beliau gagal.

Selepas 20 minit memberi alasan tidak munasabah, akhirnya warga Indonesia itu mengaku tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.