Netizen Kecam Rambut ‘Blonde’ Akim

Penyanyi terkenal, Akim Ahmad dikecam netizen selepas berkongsi gambar pernampilan terbarunya.

Menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagram anaknya, Beyshal, Akim tampil dengan imej berambut blonde.

Rata-rata netizen menyifatkan ia tidak sesuai malah ada yang turut memberikan nasihat.

Ramai beranggapan imej tersebut tidak sesuai buat bapa kepada Bella dan Eshaal. Ada juga netizen berpendapat Akim sebagai suami sepatutnya menjadi panduan kepada isterinya, Stacy yang juga seorang mualaf.

Bagaimanapun menerusi kapsyen gambar penyanyi itu terlebih dahulu menjelaskan, dia menukar imejnya demi muzik video single baru nanti yang memerlukan dia tampil dengan penampilan baru.

“Macam kartun kan rambut bapa Eshaal? Daddy Eshaal ni berangan mau jadi Naruto dari dulu tu yang jadi gitu.

“Actually daddy mau keluar single baru yang bertajuk Lagu Untuk Laila dan rambut ni untuk konsep MV dan lagu diorang nanti. Konseplah konon. Jangan lupa support lagu baru daddy ya.”tulis kapsyen di IG.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.