KFC Perkenal Telefon Pintar

BEIJING – CHINA. Peminat rangkaian makanan segera KFC di China mempunyai cara lain bagi menunjukkan kecintaan mereka kepada jenama makanan segera itu selepas KFC mengumumkan keluaran terhad telefon pintar.

Menurut Weibo, KFC berkata, syarikat itu berkerjasama dengan telefon pintar jenama Huawei akan memperkenalkan model khas Huawei Enjoy 7 Plus bagi meraikan 30 tahun perniagaan rangkaian makanan segera itu di China, lapor Sinar.

Model telefon berkenaan didatangkan dengan warna merah dengan ikon KFC, Kolonel Sander di belakang peranti itu.

Menurut kenyataan di Weibo, telefon berkenaan dilengkapi dengan aplikasi mudah alih KFC dan akan membolehkan pengguna mengakses,K-muzik, ciri-ciri seperti Jukebox KFC  dimana pelangan boleh memilih muzik di outlet KFC.

Huawei dan KFC akan mengeluarkan 5,000 peranti dengan harga 1,099 yuan setiap satu, lapor Channel News Asia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.