Ibu Tekup Muka Anak Hingga Mati Dan Letak Di Dalam Peti Sejuk

LORIENT – Seorang wanita berusia 50 tahun mengaku membunuh tiga anaknya yang baru dilahirkan, dua hari selepas mayat mereka ditemui di dalam peti sejuk, lapor AFP.

Wanita yang mengaku ibu kepada kanak-kanak itu, menekup muka anaknya dengan kusyen sebelum membungkus mereka dengan plastik dan meletakkannya di dalam peti sejuk selama sedekad, kata pendakwa raya Laureline Peyrefitte.

“Siasatan awal forensik mendapati, bayi berkenaan masih hidup ketika dilahirkan,”kata Peyrefitte.

Berdasarkan keterangan dari wanita itu, dia melahirkan anaknya seorang diri di bekas kediaman mereka di Lorient pada tahun 1998,1999 dan 2003.

Setiap kali selepas bersalin, wanita itu akan menekup bayinya dengan kusyen, meletakkan di dalam beg plastik dan kemudian disimpan di dalam peti sejuk.

Wanita itu kini didakwa atas tuduhan membunuh dan kini dalam tahanan.

Dia mungkin berdepan hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh.

Sementara itu, menurut siasatan polis, rakan sekerja wanita itu adalah bapa kepada ketiga-tiga bayi berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.