Dua Ahli Parlimen Taiwan Bergaduh Ketika Siaran Langsung Di Tv

Parlimen Taiwan memang `panas’ dan tidak sah kalau tidak berlaku pergaduhan. Terbaru dua ahli Parlimen wanitanya telah mengejutkan ramai apabila mereka bercakaran ketika siaran secara langsung sedang keudara menerusi televisyen.

Pertelingkahan antara Chiu Yi-ying, 46, dari Parti Progresif Demokratik (DPP) dan Hsu Shu-hua, 41, dari Parti Kuomintang (KMT) berlaku ketika usul mengenai pembaharuan infrastruktur sedang dibahaskan di Parlimen.

Bukan setakat perang mulut, tampar menampar turut berlaku hinggakan keadaan menjadi kelam kabut.

Ia memaksa ahli Parlimen yang lain masuk campur bagi meleraikan kedua-duanya.

Chiu dalam kenyataannya kepada media telah mendakwa diserang oleh Hsu dan seorang lagi ahli Parlimen wanita di situ. Beliau juga menuduh parti pembangkang mempraktikkan keganasan.

Manakala Hsu pula menyatakan beliau kesal dengan perbuatannya itu tetapi beliau tidak akan meminta maaf kepada Chiu kerana Chiu tidak menghormatinya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.