Bergaduh Kerana Tikar, Lelaki Tikam Ibu

Rakaman video seorang adik membelasah abangnya selepas didakwa menikam ibu mereka menjadi tular di media sosial.

Menerusi video yang dikongsikan di Facebook, seorang adik telah menumbuk abangnya bersaksikan penduduk di kawasan itu (Pahang) selepas ibu mereka cedera ditikam.

Difahamkan punca dia menikam ibunya kerana tidak berpuas hati apabila dirinya dilarang membasuh tikar getah di dalam rumah.

Rata-rata netizen yang menonton video itu mengakui terkejut dengan tindakan yang dilakukan oleh lelaki tersebut berharap agar abangnya yang didakwa di bawah pengaruh dadah itu akan mendapat hukuman setimpal daripada perbuatannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.