Bekas Isteri Kedua Adi Putra Dihadap Ke Mahkamah

SEREMBAN – Bekas isteri kedua pelakon Adi Putra dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melanggar syarat orang pengawasan polis, minggu lalu.

Tertuduh, Norshahida Zolkifly, 33, yang juga bekas kakitangan Jabatan Imigresen bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan, lapor Kosmo.

Pertuduhan keatasnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nurul Fitriza Abd. Latif.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melanggar syarat sebagai orang pengawasan polis dengan meninggalkan kawasan pekan Nilai dekat sini tanpa kebenaran.

Kesalahan itu dilakukan wanita terbabit di sebuah hotel di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 3 petang, 6 Julai lalu.

Norshahida didakwa mengikut Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Soo Kok Weng manakala tertuduh diwakili peguam M.Haresh dan Ramzani Idris.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.