Aksi Sempoi KJ Dalam MeleTOP Jadi Bualan Netizen

Rata -rata netizen menganggap Khairy Jamaluddin atau KJ merupakan antara menteri paling sempoi dan sporting di Malaysia.

Khairy Jamaluddin yang muncul dalam episod rancangan hiburan terkenal, MeleTOP kelmarin bagi mempromosikan Transformasi Nasional (TN50) menjadi bualan pengikutnya di media sosial.

Rancangan MeleTOP tersebut juga menjemput Dr Aizan Sofia dan juga duta Transformasi Nasional (TN50) Ganesh Muren, termasuk Noor Neelofa Mohd Noor sendiri, petik MH.

Kehadiran KJ tular di laman media sosial gara-gara aksi yang diperlihatkan menunjukkan sikap sempoi dan mengalahkan Nabil Ahmad.

Antara aksi yang menarik perhatian netizen ialah permainan ‘The Tablecloth Challenge’ iaitu menarik alas meja tanpa menjatuhkan objek di atasnya.

Telatah KJ memberikan suasana meriah dan lucu selain mendapat respons positif orang ramai.

Namun, bukan itu sahaja yang menjadi perhatian sebaliknya tali di dalam baju yang dianggap netizen seolah KJmemakai rantai juga turut dibual netizen.

Video yang dimuatnaik MeleTOP di youtube itu telah ditonton lebih 130 ribu kali sejak dimuat naik dua hari lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.