Tun M Sahkan Tubuh Parti Baharu

PUTRAJAYA – Perbincangan bagi membentuk sebuah parti baharu telah disahkan oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun beliau tidak akan mengetuai parti berkenaan.

 

Beliau berkata, pihaknya bersetuju menubuhkan satu badan bagi mengkoordinasi pergerakan ‘Selamatkan Malaysia’ secara berterusan sehingga Pilihan Raya akan datang.

 

“Kita bersetuju ada satu badan tertinggi untuk menjalankan tugas-tugas tersebut bagi menjayakan usaha kita daripada sekarang sehingga ke Pilihan Raya.

 

“Supaya segala penyelewengan oleh parti lawan ini didedahkan untuk kita mencari kemenangan dan untuk membentuk kerajaan baharu bagi negara kita,”katanya di Yayasan Kepimpinan Perdana disini, hari ini.

 

Tun Mahathir berkata, beliau akan menjadi orang pertama menyertai parti itu, namun tidak merangkap sebagai presiden parti baharu tersebut.

 

Sebelum itu, beliau mempengerusikan mesyuarat bersama Pakatan Harapan dan beberapa bekas pemimpin Umno di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

 

Turut hadir bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

 

Terdahulu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir didakwa tidak hadir kerana masing-masing mempunyai urusan di luar negara.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.