SKMM Sekat Laman Sebar Ideologi Daesh Dalam Bahasa Melayu

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyekat 11 laman web dan 22 pautan URL terlibat dalam penyebaran ideologi Daesh dalam bahasa Melayu.

 

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, ia merupakan pemantauan SKMM ke atas outlet media baharu dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

 

“Pemantauan berterusan dan tindakan oleh SKMM dan lain-lain agensi akan membendung penyebaran ideologi oleh organisasi pengganas ini melalui media sosial,” katanyamemetik laporan Bernama.

 

Salleh berkata, kerjasama semua pihak penting bagi membantu kerajaan mendapatkan maklumat berkaitan berhubung perkara itu.

 

Katanya, memandangkan Daesh sangat aktif dalam mewujudkan laman web baharu dan akaun media sosial pihaknya menyeru kepada orang ramai supaya melaporkan terus kepada SKMM jika mempunyai maklumat tersebut.

 

Selasa lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis juga sedang memantau penerbitan Daesh dalam bahasa Melayu yang dipercayai dikendalikan oleh pengikut kumpulan itu di Malaysia dan Indonesia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.