Ramanan Dakwa Pemimpin MIC Terima Rasuah Toyota Vellfire

PUTRAJAYA – Bekas Setiausaha Agung MIC, Datuk R Ramanan mendakwa pemimpin MIC menerima suapan jenis kenderaan MPV Toyota Velfire.

 

Menurutnya, pemimpin terbabit merupakan ahli lembaga pengarah Tenaga nasional Berhad (TNB), iaitu Datuk A Sakhtivel yang dipercayai menerima suapan tersebut ketika beliau menduduki lembaga pengarah sebuah syarikat berkait kerajaan (GLC).

“Kita telah berbincang dan bersetuju untuk pergi ke TNB menyerahkan bukti kepada lembaga urusan TNB.

 

“Dan kami akan menunggu keputusan mereka mengenai salah laku yang dilakukan pimpinan terbabit,”katanya ketika di temui di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, di sini, hari ini.

 

Terdahulu, Ramanan menunjukkan salinan dokumen dan transkrip menunjukkan bagaimana pemimpin tersebut melakukan peras ugut terhadap seorang kontraktor pada 2014.

 

Kontraktor itu turut diperas plat nombor kenderaan bernilai RM41,000, di samping sebuah MPV Toyota Vellfire berharga RM378,000 dan wanita bagi tujuan seks, sebagai sogokan mendapat kontrak.

 

Ramanan turut mendakwa seorang kontraktor turut bimbang kehilangan perniagaannya selama 35 tahun disebabkan pemimpin itu.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.