Beza Agama: Aamir Khan Sambut Hari Raya Aidilfitri Tanpa Isteri Dan Anak

Aktor Bollywood, Aamir Khan menyambut Hari Raya Aidilftiri tanpa isteri dan anaknya di sisi.

 

Bahkan, aktor itu mengakui tidak kesepian walaupun tanpa isteri di sisi, Kiran Rao ketika sambutan perayaan umat Islam yang lalu.

 

Memetik laporan Times of India kelmarin, Aamir tidak terkilan dengan tindakan isterinya yang bercuti ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri kerana berbeza fahaman agama.

 

Amir berkata, Kiran dan anak mereka Azad Rao Khan yang beragama Hindu memilih untuk bercuti di sebuah destinasi yang dirahsiakan.

 

Dalam pada itu, Amir yang berhari raya di rumah ibunya, di Mumbai bersama keluarga sepupunya, Nuzahat serta ditemani dua orang anaknya (hasil perkahwinan pertama) Junaid dan Ira Khan tetap bergembira dengan sambutan perayaan di sana.

 

Sebelum ini Aamir Khan berkahwin pernah berkahwin dengan Reena Dutta pada tahun 1986 dan memiliki dua orang anak Junaid dan Ira sebelum bercerai pada bulan Disember 2002.

 

Pada tahun 2005, Aamir mendirikan rumahtangga dengan Kiran Rao dan menimang cahaya mata lelaki, Azad Rao Khan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.