Tiga Lagi Dalang Sindiket Pemerdagangan Manusia Ditahan

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga lagi dalang yang disyaki terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia yang dikaitkan dengan penemuan kubur di sempadan Malaysia-Thailand, Wang Kelian, Perlis pada Mei lepas.

 

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tangkapan berkenaan dan juga jumlah mereka yang ditahan setakat ini.

 

Katanya, operasi terhadap mereka yang terlibat masih giat dilaksanakan terutama untuk mengesan dalang utama kes iaitu individu yang dikenali sebagai ‘Yassin’.’

 

“Siasatan polis bukan setakat mengebumikan mayat yang menjadi mangsa tetapi kami akan tetap meneruskan siasatan sehingga dapat kesan dalang sebenar sindiket berkenaan.

 

“Polis masih lagi berkongsi maklumat dengan rakan kita (polis Thailand) dan kami akan menjejaki suspek utama kes ini,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Mes Pegawai Kanan di Bukit Aman, di sini, hari ini.

 

Khalid berkata selain menangkap suspek, polis turut merampas kesemua harta benda milik mereka. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.