Rumah Terbuka Aidilfitri PM Pada Hari Raya Pertama Di Putrajaya

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota jemaah menteri akan mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di Kompleks Seri Perdana pada hari raya pertama dari 10 pagi hingga 4 petang.

 

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri hari ini, orang ramai dijemput ke majlis itu dengan pakaian yang bersesuaian.

 

Perkhidmatan bas percuma akan disediakan oleh Bas Putrajaya dari tiga lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra.

 

“Orang ramai boleh meninggalkan kenderaan masing-masing di tiga lokasi berkenaan untuk menaiki bas yang disediakan dengan kekerapan setiap 15 minit,” kata kenyataan itu.

 

Mereka dinasihatkan menggunakan hentian bas sama untuk pergi dan balik.- BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.