Kisah Persahabatan Antara Pembeli, Penjual Telefon Jadi Viral

PETALING JAYA – Ketika insiden kekecohan di Plaza Low Yat hangat diperkatakan, pengakuan hubungan baik seorang pengguna Facebook dengan penjual telefon bimbit di sebuah pusat beli-belah menjadi viral.

 

“Nama mamat (lelaki) ni Desmond. Nama manja Mok. Tempat aku beli henpon (handphone) sejak zaman berzaman. Sentiasa jual barangan berkualiti,” kata pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Fais Al-Hajari.

 

Cerita Fais lagi, walaupun adakalanya dia membeli telefon bimbit daripada peniaga lain, Desmond tetap tersenyum dan mereka masih berkawan baik.

 

“Hubungan baik ini kekal walaupun selepas lapan tahun. Penjual telefon bimbit lain di Plaza Idaman ni (majoriti Cina) Pun baik dengan aku.

 

“Rahsianya? Depa (mereka) tak tipu aku. Aku tak curi barang depa. Masing-masing hormat hak masing-masing dan supportive. Aman dunia,” tulisnya lagi.

 

Kisah Viral Pembeli, Penjual Telefon

 

Sehingga berita ini ditulis, posting tersebut menerima lebih 1,200 likes dan dan 152 komen serta dikongsi lebih 90 pengguna Facebook lain.

 

Polis menahan 19 individu yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat.

 

Insiden pergaduhan itu didakwa berpunca daripada perasaan tidak puas hati seorang remaja yang dituduh mencuri sebuah telefon bimbit pada Sabtu lepas. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.