Dalang Rusuhan Di Plaza Low Yat Diburu – KPN

KUALA LUMPUR – Polis memburu dalang yang menjadi pencetus kekecohan di Plaza Low Yat, Bukit Bintang, bermula hari ini.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, individu yang akan ditangkap itu, termasuk di kalangan mereka yang mengapi-apikan insiden tersebut.

 

Katanya, polis sebelum ini telah mengarahkan beberapa individu terlibat untuk menyerah diri.

 

“Yang disuruh serah diri tu belum serah diri lagi, jadi hari ini kita akan carilah dan akan tangkap. dan beberapa orang lagi, saya tak perlu sebut nama saya rasa semua orang tau.

 

“Yang ghairah sangat berucap hasut segala macam untuk lakukan rusuhan tu, bersedialah,” katanya.

 

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis pemakaian pangkat pegawai kanan polis di Mes Pegawai Kanan Polis di Bukit Aman, di sini, hari ini.

 

Beliau turut memberi amaran kepada semua pihak, agar tidak mengapi-apikan situasi itu dengan menyalahgunakan media sosial bagi menyebarkan maklumat palsu.

 

“Tindakan tidak bertanggungjawab itu boleh mengelirukan orang ramai seterusnya mengeruhkan keharmonian negara,” katanya. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.