Ugut Bunuh MB Kedah Dan SU Sulit Sultan Kedah, ‘Padi Jantn’ Direman Empat Hari

Alor Setar – Seorang lelaki direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes ugut terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Dr Mahathir (gambar) dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah di laman sosial Facebook Jumaat lepas.

Lelaki berusia 39 tahun itu dipercayai pemilik akaun Facebook “Padi Jantn” berasal dari Jalan Tambang Badak, Alor Setar ditahan di sebuah lokasi di Shah Alam, Selangor kira-kira pukul 5.45 petang Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar di Alor Setar, kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Baru-baru ini, lebih 20 laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak terhadap Padi Jantn bagi mendesak supaya dia ditahan atas tindakan melampaunya itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506, Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

 

Baca : Blogger Ugut Bunuh MB Kedah Dan SU Sulit Sultan Kedah Ditahan Di KL

 

Baca : Facebooker Ugut Tembak Mukriz Mahathir, Pemuda UMNO Buat Laporan Polis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.