Tekaan Najib Jerman Juara Piala Dunia 2014 Tepat

KUALA LUMPUR: Ramalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa juara tiga kali Piala Dunia iaitu Jerman mampu menjuarai piala itu buat kali keempat tepat apabila berjaya mengalahkan Argentina dengan jaringan 1-0 awal pagi Isnin.

Najib membuat ramalan itu menerusi laman Twitternya pada Khamis lepas dengan menyatakan, “Inilah masanya meraikan Jerman dan kami mengucapkan selamat maju jaya dalam pelawanan final,”.

Khamis lepas, Jerman membelasah tuan rumah Piala Dunia 2014, Brazil dengan jaringan gol 7-1 pada perlawan separuh akhir piala itu.

Malah, awal pagi ini, Najib tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia itu bersama-sama 25,000 peminat bola sepak di Dataran Merdeka di sini.

Beliau yang berkemeja lengan pendek ungu muda dan berseluar hitam, tiba di Dataran Merdeka pada pukul 2.40 pagi dengan disambut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan Jaganathan untuk bersama-sama orang ramai memeriahkan program Fiesta Samba Brazil anjuran Kementerian Belia dan Sukan.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/07/14/tekaan-najib-jerman-juara-piala-dunia-2014-tepat/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.