Rafizi Nafi Dakwaan Dalang Sebar SMS Khalid Letak Jawatan

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menafikan dakwaan dirinya dalang menyebarkan SMS palsu mengatakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan meletakkan jawatan sebagai ketua eksekutif negeri minggu lalu.

Rafizi sebaliknya menuding jari kepada ahli Umno yang mengaku sebagai ahli PKR dan memburukkan parti itu  menggunakan akhbar Utusan Malaysia dan TV3.

“Laporan itu tidak benar. Saya tidak hantar sebarang SMS. Kita ambil masa hendak sahkan laporan itu betul datang daripada ahli PKR atau tidak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

 

Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) Sabtu lalu membuat laporan polis terhadap Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves Amirudin Shari dan Adun Seri Muda Shuhami Shafie sebagai dalang di sebalik penyebaran berita palsu itu.

“Ini adalah jalan biasa yang digunakan lawan politik kami, maknanya kalau ada apa-apa isu mereka akan gunakan individu yang tidak dikenali untuk buat laporan polis.

“Jadi tidak perlulah saya layan kerana itu adalah permainan biasa lawan politik kami,” katanya.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Pasmeb Wan Adnan Wan Abdul Rahman ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara berkata, aduan dibuat kerana SMS itu turut melibatkan nama Sultan Selangor yang dianggapnya mengina institusi diraja.

Beliau mendakwa mempunyai bukti kukuh mengaitkan pemimpin PKR berkenaan sebagai dalang penyebaran SMS.

Katanya, Pasmeb juga merancang untuk membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

Satu SMS berbunyi:”Latest dari sumber media: Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka akan menghadap DYMM Tuanku Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada jam 9 pagi esok 7 Julai 2014 bagi menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Sidang media khas menyusul selepas itu”.

SMS itu turut menggunakan nama daripada sumber Berita Nasional Malaysia (Bernama) namun dinafikan agensi berita terbabit.

Shuhaimi sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan penyebaran SMS dilakukan mereka dari kem menteri besar Selangor itu sendiri.

“Pada pandangan peribadi saya ia dillakukan kem yang sama. Orang politik dapat menilai dan membaca gerakan politik lebih daripada orang lain,” katanya.

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rafizi-nafi-jadi-dalang-sebar-sms-fitnah-khalid-letak-jawatan#sthash.5uvBopLh.dpuf

Petaling Jaya – Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menafikan dakwaan dirinya dalang menyebarkan SMS palsu mengatakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan meletakkan jawatan sebagai ketua eksekutif negeri minggu lalu.

“Laporan itu tidak benar. Saya tidak hantar sebarang SMS. Kita ambil masa hendak sahkan laporan itu betul datang daripada ahli PKR atau tidak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) Sabtu lalu membuat laporan polis terhadap Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves Amirudin Shari dan Adun Seri Muda Shuhami Shafie sebagai dalang di sebalik penyebaran berita palsu itu.

“Ini adalah jalan biasa yang digunakan lawan politik kami, maknanya kalau ada apa-apa isu mereka akan gunakan individu yang tidak dikenali untuk buat laporan polis.

“Jadi tidak perlulah saya layan kerana itu adalah permainan biasa lawan politik kami,” katanya.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Pasmeb Wan Adnan Wan Abdul Rahman ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara berkata, aduan dibuat kerana SMS itu turut melibatkan nama Sultan Selangor yang dianggapnya mengina institusi diraja.

Beliau mendakwa mempunyai bukti kukuh mengaitkan pemimpin PKR berkenaan sebagai dalang penyebaran SMS.

Katanya, Pasmeb juga merancang untuk membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

Satu SMS berbunyi:”Latest dari sumber media: Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka akan menghadap DYMM Tuanku Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada jam 9 pagi esok 7 Julai 2014 bagi menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Sidang media khas menyusul selepas itu”.

SMS itu turut menggunakan nama daripada sumber Berita Nasional Malaysia (Bernama) namun dinafikan agensi berita terbabit.

Shuhaimi sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan penyebaran SMS dilakukan mereka dari kem menteri besar Selangor itu sendiri.

“Pada pandangan peribadi saya ia dillakukan kem yang sama. Orang politik dapat menilai dan membaca gerakan politik lebih daripada orang lain,” katanya.

 

Baca : Rafizi Dan Pemimpin PKR, Dalang Disebalik Berita Khalid Letak Jawatan

 

Baca : PKR Seret Media Desak Khalid Letak Jawatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.