Piala Dunia – PM Tonton Final Bersama 20,000 Penyokong Tempatan

Kuala Lumpur – Kira-kira 20,000 penyokong bola sepak tempatan berkumpul di Dataran Merdeka awal pagi ini bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia antara Jerman dan Argentina.

Saingan yang ternyata hebat oleh kedua-dua pasukan berbeza benua itu dipancarkan menerusi skrin besar bermula jam 3 pagi.

Ia adalah inisiatif di bawah program tayangan Mega Fiesta Final Piala Dunia 2014 anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Lebih istimewa, tayangan perlawanan akhir bola sepak paling berprestij itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib.

Najib yang tiba 15 minit sebelum sepak mula itu turut sempat beramah mesra dengan pengunjung yang kebanyakannya adalah generasi muda.

Mega Fiesta Final Piala Dunia 2014 pertama kali dianjurkan KBS dengan pelbagai aktiviti disajikan kepada pengunjung bermula pada jam 7.30 petang.

Antaranya majlis berbuka puasa dan bersahur; solat hajat dan bacaan Qunut Najilah untuk rakyat Palestin; persembahan nasyid; pertandingan di Football Enclave, playstation FIFA14 serta freekick ‘Bend it fast KJ’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.