Piala Dunia Milik Jerman

Rio De Janeiro – Jerman dinobat sebagai juara dunia buat kali keempat selepas menumpaskan Argentina 1-0 dalam permainan masa tambahan di Stadium Maracana, di sini, sebentar tadi.

Pemain gantian, Mario Goetze muncul wira skuad Die Mannschaft apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-113 menerusi voli cantik untuk mengecewakan Lionel Messi dab rakan-rakan.

Kemenangan Jerman itu turut memahat sejarah baharu Piala Dunia apabila mereka muncul pasukan Eropah pertama menjulang kejuaraan di bumi Amerika Selatan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.