Piala Dunia: Kontrak Jurulatih Brazil Ditamatkan

PERSATUAN Bola Sepak Brazil (CBF) tidak akan menyambung kontrak jurulatih kebangsaan, Luiz Felipe Scolari.

Terdahulu Scolari berkata bahawa beliau tidak akan membiarkan CBF menentukan nasibnya selepas Brazil gagal mendapatkan tempat ketiga dalam Piala Dunia 2014 selepas tewas 3-0 kepada Belanda, Sabtu lalu.

Brazil tewas kepada Jerman dalam kekalahan memalukan 7-1 Selasa lepas.

Keputusan itu merupakan kekalahan paling teruk selepas Brazil tewas kepada Uruguay pada 1950.

Pencapaian terbaik Scolari, yang juga dikenali sebagai Felipao, adalah pada tahun 2002 selepas Brazil memenangi Piala Dunia di Jepun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.