Panjat Bangunan Menara Sentrum: ‘Spiderman Malaysia’ Didenda RM1,000

Kuala Lumpur – Seorang jurugambar sambilan yang mengukir nama sebagai Spiderman Malaysia didenda RM1,000 setelah disabit kesalahan memanjat 32 tingkat sebuah bangunan di Brickfields di sini.

Magistrate Nur Azura Murah menjatuhkan hukuman itu ke atas Keow Wee Loong setelah pemudah 26 tahun itu mengaku salah terhadap tuduhan memanjat Menara Sentrum di KL Sentral pada 29 Jun lalu.

Beliau di dakwa di bawah Seksyen 447, Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denga RM3,000.

Peguam Keow, Latheefa Koya memohon denda dikurangkan memandangkan tertuduh tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Keow membayar denda berkenaan sebelum dibebaskan.

Keow melakukan kejutan apabila beliau mempamerkan aksi ala Spiderman dengan hanya memakai slipar dan seluar pendek.

Setelah sampai di tingkat 32, Keow mengibarkan bendara Malaysia sebelum di tahan polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.