Ops Cantas:Suspek Tendang Motorsikal Polis

IPOH:  Dalam usaha menyelamatkan diri dalam Ops Cantas, seorang suspek menendang motosikal yang dinaiki seorang anggota polis yang mengejarnya hingga terbabas ke dalam sungai di sini malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata kejadian itu berlaku di sekitar Mambang Diawan dekat Kampar.

“Suspek menendang motosikal yang dinaiki anggota polis itu bagi mengelak dia ditangkap. Motosikal itu kemudian masuk ke dalam sungai,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata suspek berjaya melepaskan diri di laluan gelap. Anggota polis terbabit tidak cedera.

 Sementara itu, beliau berkata dalam operasi itu yang bermula Isnin hingga semalam, polis menahan 29 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Katanya, 20 daripadanya warga Indonesia, Nepal (5), Bangladesh (1) dan Vietnam (3).

Beliau berkata enam penjenayah ditangkap atas pelbagai kesalahan seperti kes curi motor, pecah rumah dan dadah.

Katanya, 96 saman trafik dikenakan terhadap pengguna jalan raya. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.