Messi Pemain Terbaik Piala Dunia

Rio De Janeiro – Kekecewaan Lionel Messi gagal membantu Argentina merangkul Piala Dunia sedikit terubat selepas dinobat sebagai Pemain Terbaik untuk membawa pulang anugerah Bola Emas, sebentar tadi.

Ketangkasan Manuel Neuer pula melayakkan penjaga gol Jerman itu merangkul anugerah Sarung Tangan Emas selaku Penjaga Gol Terbaik Piala Dunia 2014.

Kegagalan Thomas Mueller meledak gol dalam perlawanan akhir di Stadium Maracana membolehkan bintang muda Colombia, James Rodriguez menerima anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak dengan enam gol. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.