Justin Bieber Bodoh Dan Tak Matang

Los Angeles – Penyanyi pop Justin Bieber yang tak lekang dengan kontroversi semalam diarahkan menjalani pemerhatian selama dua tahun atas perbuatannya membaling telur ke rumah jirannya, Januari lalu.

Bieber, 20, tidak hadir di mahkamah di sini sebaliknya peguam belanya berkata dia tidak mempertikaikan tuduhan vandalisme terhadapnya itu.

Hakim Leland Harris turut memerintahkan Bieber menjalani hukuman khidmat masyarakat selama lima hari dan program pengurusan kemarahan.

Dia diarahkan membayar semula ganti rugi AS$80,900 (RM257,450) untuk memperbaiki rumah mangsa di kejiranan mewah Calabasas selain diperintahkan tidak mendekati jiran berkenaan selama dua tahun.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Alan Yochelson dalam hujahnya berkata perbuatan Bieber menampakkan perangainya yang terlalu tidak matang dan bodoh.

Satu lagi kes terhadapnya ditetapkan pada 12 Ogos ini.

Kejadian Januari lalu itu hanya satu daripada beberapa tindakan kontroversi Bieber yang pertama kali muncul dengan imej ‘budak baik’ pada 2009. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.