Jangan Tiru Yahudi Dan Kristian Tabur Bunga Di Kuburan

KANGAR: Umat Islam yang menziarahi tanah perkuburan sempena Aidilfitri diingatkan supaya tidak menabur bunga di kuburan kerana ia amalan Yahudi dan Kristian.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah, Sheikh Ahmad Faisol Omar berkata perbuatan itu menyalahi ajaran Islam.

Beliau mengingatkan demikian dalam tazkirahnya pada Program Percambahan Ilmu anjuran bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bahagian Perlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan Perlis dan Hotel Putra Palace di sini, Isnin.

Beliau seterusnya mengingatkan umat Islam agar banyak mengisi masa bulan Ramadan dengan membaca al-Quran untuk memperolehi ketenangan dan benteng menahan nafsu dan godaan iblis.

 

Dalam pada itu, beliau menasihatkan kaum wanita Islam supaya menjaga adab berpakaian terutama pada Ramadan yang penuh dengan cabaran dan godaan.

“Mereka sepatutnya berpakaian sopan, bukan pakai yang menghairahkan,” katanya.

Ahmad Faisol berkata ramai kaum wanita yang diberi nikmat kecantikan menyalahgunakan nikmat tersebut dengan mempamerkan kecantikan mereka kepada umum sehingga memberi kesan buruk terhadap diri sendiri.

Program agama itu yang dihadiri lebih 300 kakitangan awam turut membuat kutipan berjumlah RM964 untuk disumbangkan kepada Tabung Penderitaan Rakyat Gaza.

Turut hadir pada majlis itu pengerusi Cuepacs Perlis, Md Jamel Khir Ismail. 

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/07/14/jangan-tiru-kristian/

 

One thought on “Jangan Tiru Yahudi Dan Kristian Tabur Bunga Di Kuburan

  • July 15, 2014 at 5:55 am
    Permalink

    Menyalahi ajaran islam? Mana dalil naqli nye? Haram atau tidak harus? Jika haram semata2 kerana tidak diamalkan rasulullah, makakita perlu haramkn makan bawang dan dhab. Ape macam?

    Hal berpakaian sopan; adakah dalil yg suruh buat begitu semata2 bg menghormati bulan ramadhan? Arahan menutup aurat bukanlah sesuatu yg terhad mengikut bulan. Get your fact clear.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.