Isteri Sakit Kanser Tipu RM261,000

Di saat-saat isterinya nazak kerana kanser, suaminya Lenny Walters mendapat tahu isterinya berhutang banyak sejak bertahun-tahun.

Isterinya Joyce meniru tandatangannya sebanyak dua kali dengan menambah hutang sebanyak £48,000 (RM261,672.47) dalam akaun bersama.

Joyce meninggal dunia selepas mengaku membuat pinjaman dan menyebabkan suaminya itu terpaksa membayar hutang selama 29 tahun lagi dan berdepan dengan risiko kehilangan rumah dan jatuh miskin, lapor The Mirror.

Apabila Lenny, 56, penjual ikan mendapat tahu mengenai hutang berkenaan pada Mac 2008, masa itu Joyce sudah keluar dari rumah mereka.

Beberapa minggu kemudian, Joyce yang tinggal beberapa bulan untuk hidup, menulis surat kepada Lenny memohon maaf tetapi Lenny pula tidak dapat melupakan perbuatan isterinya yang kejam itu.

“Tiada perkataan yang dapat menggambarkan rasa sakit hati sebaik saja saya tahu pengkhianatan Joyce itu.

“Walaupun waktu itu Joyce sedang nazak, saya tidak dapat maafkannya.”

Lenny kini terpaksa menjual rumah keluarga yang diduduki sejak 33 tahun lalu untuk membayar semua hutangnya.

Ketika isterinya didiagnosis menghidap penyakit kanser paru-paru akhir 2007, Lenny, seorang suami yang penyayang percaya mereka hampir melunaskan pinjaman bank sebanyak £30,000 (RM163,545.29) untuk rumah berkembar tiga bilik di Pembrokeshire.

http://bm.therakyatpost.com/global/2014/07/14/isteri-sakit-kanser-tipu-rm261000/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.