Isteri Berjudi Suami Jaga Anak

SIBU : Seorang wanita yang didapati berjudi selepas menjual kuih antara 14 orang yang ditahan dalam satu serbuan perjudian siber malam kelmarin.

Ibu kepada tiga anak itu memberitahu polis bahawa suaminya membenarkan dia pergi ke tempat perjudian siber ini.

Dia berkata suaminya berada di rumah kerana menjaga anak-anak mereka.

Seorang lagi wanita, yang juga seorang penjawat awam turut ditahan kerana menonton ketika orang lain sedang rancak bermain perjudian siber.

Seorang penjawat awam lelaki yang turut dicekup merayu kepada polis untuk melepaskannya kerana dia mahu pergi untuk kerja syif malam.

Bagaimanapun, lelaki itu turut dibawa ke balai polis.

Pasukan D7 yang diketuai Inspektor Mohd Fazirul menyerbu sebuah premis di tingkat satu di Jalan Kampung Datu, di sini pada jam 10.15 malam.

Polis merampas 23 komputer dari premis dan lapan daripada komputer itu didapati positif bagi perjudian hasil analisis ASP Yeoh Chun Shyan yang merupakan seorang pakar dalam menganalisis perjudian.

Semua tahanan dibebaskan selepas polis mengambil kenyataan daripada mereka.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.