Israel Umum ‘Gempuran Paling Kuat’

GAZA – PALESTIN. Israel mengumumkan akan melakukan serangan darat bermula dari arah utara Genting Gaza dengan ‘gempuran paling kuat’ pada bila-bila masa bermula malam tadi.

Jurucakap ketua tentera Israel, Brigedier Jeneral Motti Almoz berkata, persiapan akhir sudah dilakukan termasuk meletakkan kereta kebal di sepanjang perairan Palestin bagi mengelakkan ada campur tangan luar mahupun memberi ruang kepada pejuang Palestin meninggalkan kawasan mereka.

“Kami akan menyerang dengan sepenuh daya dalam tempoh 24 jam akan datang. Ia dilakukan susulan peningkatan serangan Hamas terhadap kawasan kami,” katanya dalam laporan Al Arabiya.

Bagi mempersiapkan serangan itu, difahamkan Israel mengarahkan penduduk Palestin mengosongkan rumah masing-masing dan mencari tempat perlindungan selamat.

Bagaimanapun Kementerian Dalam Negeri Gaza berkata, amaran itu sekadar perang psikologi bagi menakutkan penduduk.

“Kami gesa penduduk di utara abaikan arahan Israel. Pengumuman itu adalah usaha Zionis untuk mewujudkan kekeliruan di kalangan penduduk,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/global/israel-umum-gempuran-paling-kuat-1.299375

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.