Dua Lelaki Fail Permohonan Halal Seks Sejenis

Singapura – Mahkamah Agung Singapura mendengar permohonan memansuhkan undang-undang mengharamkan seks sejenis yang berusia 76 tahun.

Peguam mewakili Kenneth Chee dan Gary Lim berhujah bahawa undang-undang pengharaman yang diterima pakai ketika pemerintahan British pada 1938, mendiskriminasi terhadap lelaki gay dan melanggar hak perlindungan samarata yang dijamin di bawah perlembagaan Singapura.

Kes didengar di hadapan tiga panel hakim, bermula pada Isnin.

Ahli parlimen Singapura pada 2007 setuju untuk menggunapakai undang-undang yang dikenali sebagai Seksysen 377A, apabila memansuhkan hukum berkaitan jenayah seks oral dan anal hetereksosual. Kerajaan berkata undang-undang itu tidak dikuatkuasa secara aktif sejak pertengahan 1990-an.

“Majoriti penduduk masih mahu undang-undang sedia ada dikuatkuasa,” kata Menteri Kehakiman K. Shanmugam bulan lalu ketika ditanya mengenai kes berkenaan.

Terdahulu, polis memberi nasihat kepada mereka yang mengambil bahagian dalam perarakan Pink Dot (perarakan gay tahunan) pada 28 Jun, supaya berbuat demikian dengan aman dan tidak memberi komen berkenaan bangsa dan agama.

Amaran itu dikeluarkan selepas kumpulan Kristian dan Islam meminta pengikutnya memakai pakaian serba putih yang melambangkan ‘kesucian’ dan menentang perarakan berkenaan.

Aktivis gay memulakan petisyen di internet awal tahun lalu untuk memansuhkan undang-undang berkenaan dalam perlembagaan undang-undang di mahkamah rendah dan sekumpulan paderi bertemu dengan Shanmugam untuk memberi pandangan mereka dalam mempertahankan ‘moral masa depan negara’.

Perjuangan hak samarata gay semakin menonjol sejak dua tahun kebelakangan ini. Pada Disember 2009 India mengharamkan seks sejenis secara rela.

Rusia pula menguatkuasa undang-undang antigay yang menyebabkan kemarahana antarabangsa dan tetapi New Zealand menjadi negara pertama di Asia Pasifik yang menghalalkan perkahwinan sejenis.

Hakim Singapura; Andrew Phang, Belinda Ang dan Woo Bih Li akan mendengar hujah yang dikemukakan bagi pihak Chee, 38 dan Lim, 46 juga permohonan seorang lelaki Tan Eng Hong mengenai pengharaman ‘berkelakuan tidak senonoh’ antara dua lelaki.

Mereka yang melakukan kesalahan ini akan dikenakan hukuman dua tahun penjara.

Sejumlah 185 individu dijatuhkan hukuman di bawah seksyen 377A antara 1997 dan 2006, menurut angka yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Pada awal 1990-an, polis preman menahan beberapa lelaki dalam operasi dan mendakwa mereka atas kesalahan mencabul dan menawarkan khidmat, menurut laporan The Straits Times.

Sebuah majalah dengan iklan yang mensasarkan homoseksual ditarik lesen penerbitannya dan beberapa pementasan teater yang dikatakan mempromosi kehidupan homoseksual juga ditapis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.