Bayi Terperangkap 16 Jam Terselamat

DAMSYIK – Seorang bayi yang terperangkap hampir 16 jam di bawah timbunan bangunan akibat serangan udara di Aleppo berjaya diselamatkan.

Bayi lelaki berusia dua bulan bernama Mahmud Ibildi itu berjaya diselamatkan oleh anggota penyelamat tanpa sebarang kecederaan.

Detik mencemaskan itu telah dirakam oleh anggota penyelamat sebelum dimuat ke naik ke laman video YouTube oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Pertahanan Awam Aleppo.

“Selepas 16 jam berusaha dalam suasana yang sukar, anggota pertahanan awam di Ansari (di selatan Aleppo) akhirnya berjaya menyelamatkan bayi itu dalam keadaan selamat,” kata pengulas dalam video berkenaan.

Sebaik sahaja bayi ajaib itu berjaya diselamatkan, anggota penyelamat bersorak kegembiraan selain merasakan perkara itu sebagai sesuatu yang menakjubkan.

Serangan udara yang dilakukan oleh pihak rejim telah mengakibatkan beratus-ratus mangsa terbunuh sejak berlakunya perang saudara sejak 2011. – AFP

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.