52 Jenama Kita Bertapak Di 55 Negara

Kuala Lumpur: Perbadanan Nasional Berhad (PNS) sedang bergiat aktif bagi mengenal pasti negara yang mampu memberikan pasaran kepada pemain francais tempatan untuk bertapak ke peringkat antarabangsa.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodkhi Shahabudin berkata, selain melihat keterbukaan dan penerimaan pasaran sesuatu negara, kumpulan turut sama melihat faktor populasi yang tinggi bagi membolehkan kelangsungan persaingan.

Beliau berkata, antara lokasi yang dilihat masih berpotensi adalah Indonesia, China dan India yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

“Kita kena bantu sistem francais negara dalam ketersediaan untuk melangkah ke pasaran luar kerana ia bukan mudah apabila mereka perlu memahami budaya, cita rasa dan peraturan di setiap lokasi yang berbeza.

“Memang sudah ada beberapa jenama tempatan yang lebih berjaya di luar termasuk Nelson’s yang mempunyai kira-kira 600 cawangan operasi di negara luar dan Marrybrown dengan kira-kira 200 cawangan di pelbagai negara,” katanya kepada Bisnes Metro.

Katanya, pemain industri juga perlu sama memahami kekuatan sendiri dan bersedia melakukan pembaharan mengikut kesesuaian.

Syed Kamarulzaman berkata, ketika ini sudah ada 52 jenama tempatan berada di 55 negara dengan jumlah keseluruhan cawangan sebanyak 1,912 di pelbagai negara di seluruh dunia.

“Situasi sebenar adalah terletak sama pada kekuatan populasi dan penerimaan mereka terhadap produk luar. Ini kerana India dan China mempunyai kepadatan penduduk 1.4 bilion manakala Indonesia 240 juta dan ini menunjukkan banyak ruang yang boleh diperbaiki bagi bersaing dengan syarikat lain termasuk tempatan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, katanya, kebanyakan minda usahawan tempatan masih belum benar-benar bersedia untuk ke luar negara dan usaha perlu dilakukan bemula dari bangku universiti.

Katanya, perlu ada perubahan minda dalam kalangan penuntut universiti supaya generasi muda dapat tampil lebih bersedia ke pasaran global kelak.

http://www.hmetro.com.my/articles/52jenamakitabertapakdi55negara/Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.