Polis masih giat siasat motif pelaku simbah asid Faisal Halim – Pengarah JSJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menyiasat motif pelaku yang menyimbah asid pada pemain bola sepak Selangor FC , Faisal Halim ketika berada di sebuah pusat beli belah terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira pukul 5 petang, 5 Mei lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya giat berusaha dalam menyiasat kes itu termasuk mengenal pasti dan memberkas suspek terlibat.

“Kita melihat kepada skop yang lebih luas dari segi siasatan dan kita juga merakam kenyataan beberapa individu di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Setakat ini, kami belum mengetahui motif di sebalik ketiga-tiga serangan terhadap pemain bola sepak itu, termasuk Faisal.

“Apa yang kita nampak hanyalah ‘pattern’ (corak) dua hari sekali, dua hari sekali. ‘Pattern’ tu kita nampak, motif kita tak ada (belum dikenal pasti). Untuk mengesan pelaku kes Faisal Halim, kita dah buat cap jari negatif, foto fit tidak banyak membantu.” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Bukit Aman, lapor Kosmo! pada Jumaat.

Menurut Mohd Shuhaily, risikan berhubung kes Faisal Halim masih giat dilaksanakan bagi mengumpul segala maklumat yang boleh membantu siasatan.

“Kes ini rumit memandangkan kita kekurangan saksi awam dan bebas yang boleh membantu kami. Ia adalah satu cabaran dan kami tidak akan berhenti sehingga keadilan ditegakkan.

“Dari segi hasil siasatan, tiada apa yang perlu dikemas kini. Namun begitu, kami akan berjumpa dengan Faisal tidak lama lagi,” katanya.

Susulan kejadian disimbah asid 5 Mei lalu, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan pada badannya.

Menerusi sidang akhbar khas semalam, Faisal memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi melampau berkenaan serangan asid yang berlaku terhadapnya pada 5 Mei lepas.

Beliau juga meminta kerjasama semua pihak agar memberi ruang dan privasi kepada dirinya dan keluarga supaya dapat menjalankan proses pemulihan dengan aman.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat