PM arah polis lakukan siasatan rapi tanpa campur tangan kes Faisal Halim, Zayn Rayyan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan rapi kes melibatkan pemain Harimau Malaya, Faisal Halim dan kes pembunuhan membabitkan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau memahami keresahan rakyat berkaitan kezaliman yang dilakukan namun siasatan kes perlu dilakukan melalui proses yang betul tanpa mengikut persepsi atau tafsiran hukum sendiri.

“Sekarang riuh rendah kes penderaan pemain bola sepak, kes pembunuhan seorang kanak-kanak OKU (orang kelainan upaya).

“Kita prihatin, saya kebetulan Perdana Menteri tetapi saya juga manusia. Saya juga nak tahu mengapa lah sampai jadi begini, siapa yang sampai hati boleh dera dan bunuh dengan kejam seorang anak.

“Kalau saya, saya nak polis jawab esok, tapi proses kena lalui. Kita tak peduli siapa tapi saya faham rakyat juga rasa resah.

“Tapi apa yang saya boleh buat dengan Menteri Dalam Negeri iaitu mengarahkan menyegerakan siasatan rapi. Jangan persepsi, hanya fikir mungkin orang ini salah, ikut tafsiran hukum. Ini tak boleh (berlaku),” katanya ketika berucap dalam Himpunan Aspirasi Madani Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) di Putrajaya lapor Kosmo! pada Jumaat.

Anwar berkata, dalam merungkai kes berkenaan, beliau baru-baru ini telah berjumpa Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain dan meminta agar menyegerakan siasatan dengan rapi tanpa sebarang campur tangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat