Anwar, Muhyiddin setuju tarik balik saman terhadap satu sama lain

- Advertisement -

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk menghentikan pertikaian peribadi serta menarik semula saman fitnah terhadap satu sama lain.

Menerusi kenyataan bersama di Facebook, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira saranan Hakim Mahkamah Tinggi dan keadaan semasa negara terutamanya soal kelangsungan hidup rakyat.

Menurut kenyataan tersebut, dua figura politik berkenaan bersetuju untuk menghentikan tindakan sivil yang sebelumnya dikendalikan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Anwar dan Muhyiddin juga berharap keputusan ini dapat diterima dan dihormati semua pihak.

“Masing-masing turut bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan susulan terkait perkara ini.

“Kedua-duanya berharap agar ia tidak dijadikan bahan yang boleh mengganggu gugat kesejahteraan dan kestabilan awam serta keyakinan rakyat kepada Institusi Kehakiman Negara,” kata kenyataan terbabit pada Jumaat.

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri memfailkan saman terhadap Anwar berhubung dakwaan beliau tidak mengambil langkah untuk menghapuskan hutang peneroka Felda sebanyak RM8.3 bilion.

Anwar pula memfailkan saman kepada Muhyiddin berkaitan dakwaan menerima bayaran RM15 juta atas peranannya sebagai penasihat ekonomi Selangor. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat