Adik Zayn Rayyan jalani pemeriksaan perubatan di hospital, kini dijaga JKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Adik lelaki kepada Zayn Rayyan Abdul Matin kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim berkata, kanak-kanak itu dibawa ke sebuah hospital terlebih dahulu bagi menjalani pemeriksaan lanjut, kira-kira pukul 7.40 malam, semalam.

Jelas beliau, ia dilakukan dengan pengetahuan kedua-dua ibu dan bapanya yang turut berada di rumah keluarga mereka di Puncak Bestari, ketika itu.

“Kanak-kanak itu dibawa ke hospital bagi tujuan pemeriksaan perubatan.

“Kita ambil kanak-kanak itu dengan kehadiran dan pemakluman kepada ibu bapanya,” lapor Kosmo!.

Ditanya tentang tindakan selepas ini, Azmir memaklumkan bahawa ia bergantung kepada keputusan pemeriksaan perubatan kelak.

“Keputusan perubatan masih belum diperoleh, dah dapat nanti kami akan maklumkan.

“Sama ada dipulangkan kepada keluarga atau bagaimana selepas itu, bergantung kepada keputusan tersebut.

“Jadi, kami tak boleh ulas lanjut buat masa ini,” tambahnya.

Terdahulu, ibu dan bapa kepada kanak-kanak autistik itu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan, tahun lalu.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu dibebaskan dengan jaminan RM10,000 seorang, selain beberapa syarat tambahan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat