10 syarikat umum naik harga diminta beri penjelasan – KPDN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengeluarkan Notis Bertulis (NB) memanggil 10 syarikat yang telah mengumumkan menaikkan harga barang dan perkhidmatan pasca penyasaran subsidi diesel.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, notis berkenaan dikeluarkan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Menurut beliau, syarikat yang telah dikenal pasti ini akan diminta untuk memberikan penjelasan berkaitan kewajaran tindakan syarikat terbabit untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan.

“10 syarikat berkenaan terdiri daripada tiga syarikat sektor pengangkutan, sektor bahan binaan (tiga), sektor makanan dan minuman (dua) serta sektor sewaan jentera (dua).

“Dua syarikat telah dipanggil semalam, dan selebihnya akan menyusul mengikut jadual,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Jelas Armizan, melalui siasatan awal, empat syarikat terlibat telah diluluskan permohonan fleet card tetapi telah mengeluarkan notis bagi kenaikan barang dan perkhidmatan.

Manakala baki enam syarikat lagi kata Armizan, mempunyai kenderaan yang tidak termasuk dalam senarai Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0.

“Setiap syarikat akan diminta untuk memberikan perincian maklumat termasuk dokumen-dokumen berkaitan penawaran perkhidmatan atau penjualan barangan bagi tujuanpenyediaan analisis pencatutan.

“Kegagalan untuk menghadirkan diri juga boleh dikenakan penalti di bawah Seksyen 57 Akta 723 tersebut,” ujarnya.

Armizan berkata, pihaknya turut memberi amaran kepada semua pihak agar tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang dan perkhidmatan dengan elemen pencatutan susulan penyasaran subsidi diesel yang telah dilaksanakan kerajaan.

“Mana-mana pihak yang didapati mengambil kesempatan dengan melakukan manipulasi harga akan dikenakan tindakan terutamanya Akta 723 dan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 bagi perbadanan atau syarikat.

“Bagi individu boleh didenda RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat