SU Politik Azmin Nafi Ugut, Dakwa Haziq Buat Laporan Polis Palsu

PUTRAJAYA – Setiausaha Politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Muhammad Hilman Idham mendakwa, laporan polis yang dibuat semalam ke atas beliau oleh penama Haziq Abdullah Abdul Aziz adalah laporan palsu.

Menafikan sekeras-kerasnya laporan tersebut, Muhammad Hilman berkata, laporan itu telah menuduh beliau melakukan ugutan ke atas penama semasa pertemuan mereka pada 11 Jun lalu, kira-kira pukul 2.40 petang di Zest Coffee House, Hotel Marriot, di sini.

Beliau memberitahu, pertemuan tersebut adalah atas kapasiti peribadi tanpa pengetahuan mana-mana pihak termasuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Berita Berkaitan;-

Ketua AMK PKR Santubong Lapor Polis, Dakwa SU Politik Azmin Paksa Berbohong

Timbalan Menteri Gantung Tugas Haziq, Diminta Jawab Surat Tunjuk Sebab

Ini Bukan Kerja UMNO atau PAS, Tapi Kerja Jijik Dari Dalam PH Sendiri – Khairuddin

Otai Reformasi Mahu Azmin Direhatkan, Harap Dr Mahathir Tidak ‘Double Standard’

“Dalam pertemuan tersebut, Haziq telah menyatakan kepada saya bahawa beliau adalah mangsa permainan politik kotor untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau juga menyatakan bahawa video tersebut palsu dan menafikan beliau adalah karakter dalam video tersebut.

“Haziq juga meminta pandangan saya untuk beliau bertemu keluarganya bagi mendapatkan pandangan. Saya bersetuju dan meminta beliau bersabar. Malah, saya menasihatkan beliau bahawa dalam menghadapi fitnah begini, keluarga adalah elemen penting yang harus dipelihara perasaan dan maruahnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hilman berkata, beliau telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi, bersangkut laporan polis oleh penama tersebut.

“Laporan itu yang merupakan laporan palsu serta merupakan pemfitnahan jenayah ke atas saya,” katanya.

Haziq merupakan individu yang mengaku berada dalam video seks mengaitkan Mohamed Azmin selepas video itu tersebar sejak kelmarin.

Haziq mendakwa video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.