Ayah Haziq Tak Percaya, Masih Berharap Itu Haziq Palsu

PETALING JAYA – Bapa kepada Ketua Pemuda PKR Santubong, Muhammad Haziq Abdul Aziz, yang menjadi tumpuan ramai minggu ini susulan pengakuan gempar beliau terbabit dalam hubungan seks sejenis, berkata beliau tidak percaya itu anaknya dalam klip berkenaan yang menjadi viral di media sosial.

Abdul Aziz Ibrahim dipetik akhbar theSun sebagai berkata, beliau sudah melihat video pengakuan dan lucah itu berkali-kali.

“Individu itu nampaknya tidak jujur dan saya tidak rasa itu adalah anak saya.”

Katanya, beliau turut “menganalisis” klip pengakuan itu dengan “melihat postur, pergerakan serta nadanya, dan berharap ia adalah palsu”.

Haziq yang merupakan setiausaha sulit Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Akin berkata video itu yang didakwannya dirakam tanpa pengetahuannya pada 11 Mei lalu di Hotel Four Points di Sandakan, ketika pilihan raya kecil Parlimen itu baru-baru ini.

Beliau turut menamakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali sebagai pasangannya dalam video lucah itu, tetapi timbalan presiden PKR itu menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang.

Semalam, Kementerian Industri Utama mengumumkan Haziq digantung tugas serta-merta.

Aziz memberitahu theSun, beliau tidak dapat menghubungi anaknya setakat semalam.

Beliau turut menyifatkan Haziq sebagai “lelaki sangat baik” dan percaya anaknya bukan gay. – FMT

Berita Berkaitan;-

Ketua AMK PKR Santubong Lapor Polis, Dakwa SU Politik Azmin Paksa Berbohong

Timbalan Menteri Gantung Tugas Haziq, Diminta Jawab Surat Tunjuk Sebab

Pemimpin PKR Sabah Dakwa Ada Pemimpin Parti Lindungi Haziq

SU Politik Azmin Nafi Ugut, Dakwa Haziq Buat Laporan Polis Palsu

Ini Bukan Kerja UMNO atau PAS, Tapi Kerja Jijik Dari Dalam PH Sendiri – Khairuddin

Otai Reformasi Mahu Azmin Direhatkan, Harap Dr Mahathir Tidak ‘Double Standard’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.