Kontrak Pengerusi SPR Ditamatkan Awal

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memendekkan tempoh perkhidmatan Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkuatkuasa 1 Julai depan.

SPR menerusi kenyataannya berkata, perkara itu telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan dimaklumkan melalui surat daripada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara pada 7 Jun lalu.

“Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut dimaklumkan melalui surat rasmi bertarikh 11 Jun,” katanya.

Mohd Hashim Abdullah menyertai SPR pada 5 September 2014 sebagai Timbalan Pengerusi dan dilantik sebagai Pengerusi pada 24 Januari 2016.

SPR merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada beliau atas khidmat bakti sepanjang perkhidmatan di suruhanjaya itu.

Kontrak Mohd Hashim pada asalnya bakal berakhir pada Ogos 2020. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.