Video: Isu FGV: Akan Ada Pengumuman Rasmi – PM


PUTRAJAYA – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menegaskan akan ada pengumuman rasmi berkenaan isu Syarikat Felda Global Venture (FGV).

Hal ini ekoran kerana proses penelitian fakta sedang berlaku.

“Tidak pada hari ini. Kami akan keluarkan pengumuman rasmi,” katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat kementerian Kewangan.

Tambah beliau lagi, segala keputusan akan dibuat sebaik mungkin berdasarkan 3 prinsip.

“Kami tengah teliti segala fakta dan apa keputusan yang sebaik-baiknya berdasarkan 3 prinsip yang saya sebutkan tadi.

“Prinsip tersebut ialah Company law, Good governance, fair process,” ujarnya.

Terdahulu, Lembaga Pengarah itu mengarahkan empat pegawai kanannya untuk bercuti berkuat kuasa serta-merta bagi membolehkan siasatan audit dalaman melibatkan tunggakan bayaran Safitex kepada Delima Oil Products yang juga anak syarikat FGV.

Selain Zakaria dan Ahmad Tifli, dua lagi eksekutif yang turut diarah bercuti adalah Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim dan CEO FGV Trading, Ahmad Salman Omar

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.