Video: Forum Liwat: PMSP Cabar Mahathir dan Wan Azizah

PETALING JAYA –  Pegawai Khas, Pertubuhan Minda Sosial Prihatin (PMSP), Syafik Abdullah mencabar Ketua Pembangkang, Wan Azizah dan Penasihat Parti Pribumi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad untuk mengadakan satu forum liwat.

Hal ini ekoran kerana, pihak pembangkang seringkali menidakkan keputusan mahkamah dan memperjuangkan dakyah bahawa  Anwar ibrahim tidak bersalah dalam kes liwat.

Oleh yang demikian, PMSP mencabar dua individu ini untuk tampil dan menyertai forum ini.

“Kalau betul Anwar tak liwat, saya minta Wan Azizah dan Mahathir Mohammad, adakan Forum Liwat.

“Jadi Saya nak jemput Mahathir dari pihak dia dan Wan Azizah, isteri kepada yang tertuduh dengan wartawan sahaja,” katanya ketika ditemui media tadi.

Menurut beliau, forum itu akan diadakan sejurus selepas pihaknya menerima persetujuan daripada mereka.

Dalam forum berkenaan, hanya mereka sahaja yang hadir serta media dan tanpa kehadiran penyokong atau penonton.

“Tanpa perlu penyokong, tanpa Barisan Nasional, tanpa pembangkang, PMSP sahaja.

Ekoran daripada itu, beliau menggesa agar mereka menyahut cabaran tersebut.

“Tanya Dengan Mahathir atau Wan azizah berani atau tidak menyahut cabaran saya.

“Kalau tak berani duduk diam, jaga cucu dekat rumah, umur dah 92 tahun tapi tak sedari diri lagi sebgai umat Islam,”ujarnya.

Dalam pada itu, satu surat akan dihantar kepada Mahathir dan Wan Azizah selepas hari raya Aidilfitri melalui pos laju bagi menjemput mereka menyertai forum liwat ini.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.