Video : Aliff Syukri Buat ‘Live’ Pembantu Rumah Mencuri

Pemilik rangkaian produk kecantikan dan kesihatan D’Herbs, Datuk Aliff Syukri mendedahkan kes kecurian yang melibatkan pembantu rumahnya.

Menerusi rakaman video ‘live’ di laman Facebook dan Youtube, Aliff kelihatan ‘mengamuk’ teruk apabila memarahi pembantu rumah wanita warga Indonesia itu kerana mencuri beberapa barangan milik beliau dan isterinya.

Menurut Aliff, pembantu rumah yang baharu sebulan bekerja di rumahnya ditemui mencuri wang tunai berjumlah RM100, selain tudung sutera bertatahkan batu Swarovski asli berharga antara RM500 hingga RM600 yang dibeli untuk isterinya.

“Bibik pencuri, dia ingat dia bini aku… saya dah bagi bermacam-macam kemudahan baju raya, duit raya, (dan) duit belanja untuk anak-anak dia, (malah) siap belikan make up hias wajah. Dia tak buat kerja pun saya tak marah ini yangg dibalas dengan saya,” katanya menerusi entri tersebut.

Aliff mendakwa kegiatan pembantu rumahnya itu diketahui pagi tadi dan wanita itu berhasrat untuk melarikan diri.

Berdasarkan rakaman, memperlihatkan longgokan beg dipercayai milik pembantu rumah itu telah diselongkar sebelum menemui barangan yang dicuri.

Menurut Aliff dia begitu kecewa dengan sikap pembantu rumahnya yang seolah tidak mengenang budi memandangkan segala keperluan termasuk makan dan minum, pakaian serta kenaikan gaji didakwa telah diberikan.

Dek kerana tidak dapat menahan kemarahannya turut kedengaran berkata akan membuat laporan polis berhubung insiden kecurian itu.

Bagaimanapun, pembantu rumah itu merayu supaya Aliff tidak berbuat demikian dan memaafkan kesalahannya, selain tidak diserahkan kepada agen.

Namun, Aliff tidak mengendahkan rayuan wanita itu dan bertegas agar pembantu rumahnya menerima hukuman setimpal.

Dalam rakaman tersebut, kedengaran suara isterinya, Datin Nur Shahida menasihati Aliff supaya tidak membuat laporan polis kerana kasihan dengan pembantu rumah itu.

Sehingga kini, video tersebut mendapat tontonan lebih 701,000 kali.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Aliff membuat laporan polis atau sebaliknya berhubung insiden kecurian itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.