Tol SMART Diskaun 10 Peratus, Sabtu Ini

KUALA LUMPUR – Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (SMART) menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus kepada pengguna lebuh raya, bermula 6 pagi Sabtu ini hingga 6 pagi keesokannya.

Ketua Pegawai Operasi Lebuhraya SMART, Sharifah Alauyah Wan Othman berkata, kadar tol selepas diskaun yang dikenakan hanyalah RM2.70 berbanding kadar biasa iaitu RM3.00 untuk setiap hala masuk atau keluar pusat bandar, lapor Utusan.

“Diskaun tol pada tahun ini lebih istimewa kerana diberikan lebih awal berbanding tahun sebelumnya. Ini bertujuan memudahkan orang ramai membeli-belah di saat-saat akhir sebelum hari raya,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.