Temui Gigitan Cinta Di Tubuh Isteri, Lelaki Ini Nekad Bakar Pasangannya

Seorang lelaki yang marah selepas melihat tanda gigitan cinta di tubuh isterinya telah bertindak membakar wanita itu hidup-hidup di tengah sawah di Gresik, Indonesia.

Lelaki itu yang dikenali sebagai IR, 40 tahun, telah lama curiga dengan isterinya dan dia juga sudah beberapa kali melihat wanita itu bermesra dengan lelaki lain di depannya.

Pada hari kejadian, dia mengajak isterinya keluar untuk mencari makan dan ketika wanita itu sedang membeli makanan, IR pula sedang membeli minyak tanah yang dimasukkan ke dalam plastik.

Dalam perjalanan pulang, ketika mereka sampai di kawsan sawah, IR mahu melakukan seks dengan isterinya dan ketika itu dia melihat ada gigitan cinta di dada wanita berkenaan.

Marah dengan keadaan itu, dia telah menyiram minyak tanah dan membakar isterinya hidup-hidup kerana marah wanita itu berselingkuh dengan lelaki lain. IR telah ditangkap polis dan berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.